Nama - Nama 25 Nabi dan Rasul

Nama nama 25 Nabi dan Rasul





Kita wajib percaya bahawa Allah telah mengutuskan Rasul- Rasulnya untuk memberi bimbingan kepada umat manusia untuk  menjalankan perintah Allah.  Rasul atau Nabi yang pertama ialah  nabi Adam a.s. dan yang terakhirnya ialah Nabi Mohammad s.a.w.
Rasul dan nabi itu berbeza, Rasul diwajipkan supaya menerangkan  apa apa yang diterima dari Allah kepada seluruh ummatnya,  sedangkan nabi tidak diwajibkan sedemikan.  Setiap Rasul itu  pastu juga menjabat sebagai nabi, sedang tidak semua Nabi itu  menjabat sebagai Rasul. Jumlah para Nabi itu banyak sekali dan  hanya Allah sendiri yang Maha Mengetahui akan jumlahnya  dengan tepat.  Tetapi dapatlah dianggarkan bahawa jumlah  seluruh nabi itu kira kira ada 124,000 orang.  Di antara jumlah itu,  yang diangkat oleh Allah sebagai Rasul ada 313 orang.  Tetapi  yang wajib kita ketahui nama-namanya ialah 25 orang dan nama  nama tersebut dalam Al-Quran. iaitu :-


1.      Adam a.s. 
2.      Idris a.s  
3.      Nuh a.s  
4.      Hud a.s 
5.      Saleh a.s. 
6.      Ibrahim a.s 
7.      Luth a.s 
8.      Ismail a.s.  
9.      Ishak a.s. 
10.  Ya'akub a.s. 
11.  Yusuf a.s. 
12.  Ayub a.s. 
13.  Syu`aib a.s  
14.  Musa a.s. 
15.  Harun a.s. 
16.  Zulkifli a.s.
17.  Daud a.s. 
18.  Sulaiman a.s. 
19.  Ilyas a.s. 
20.  Ilyasak a.s. 
21.  Yunus a.s. 
22.  Zakaria a.s. 
23.  Yahya a.s. 
24.     Isa a.s. 
25.     Muhammad  s.a.w.