Nama - Nama Nabi dan Rasul

Nama - Nama Nabi dan Rasul



Kita wajib percaya bahawa Allah telah mengutuskan Rasul- Rasulnya untuk memberi bimbingan kepada umat manusia untuk menjalankan perintah Allah. Rasul atau Nabi yang pertama ialah nabi Adam a.s. dan yang terakhirnya ialah Nabi Mohammad s.a.w.





Rasul dan nabi itu berbeza, Rasul diwajipkan supaya menerangkan apa apa yang diterima dari Allah kepada seluruh ummatnya, sedangkan nabi tidak diwajibkan sedemikan. Setiap Rasul itu pastu juga menjabat sebagai nabi, sedang tidak semua Nabi itu menjabat sebagai Rasul. Jumlah para Nabi itu banyak sekali dan hanya Allah sendiri yang Maha Mengetahui akan jumlahnya dengan tepat. Tetapi dapatlah dianggarkan bahawa jumlah seluruh nabi itu kira kira ada 124,000 orang. Di antara jumlah itu, yang diangkat oleh Allah sebagai Rasul ada 313 orang. Tetapi yang wajib kita ketahui nama-namanya ialah 25 orang dan nama nama tersebut dalam Al-Quran. iaitu :-











1. Adam a.s.



2. Idris a.s



3. Nuh a.s



4. Hud a.s



5. Saleh a.s.



6. Ibrahim a.s



7. Luth a.s



8. Ismail a.s.



9. Ishak a.s.



10. Ya'akub a.s.



11. Yusuf a.s.



12. Ayub a.s.



13. Syu`aib a.s



14. Musa a.s.



15. Harun a.s.



16. Zulkifli a.s.



17. Daud a.s.



18. Sulaiman a.s.



19. Ilyas a.s.



20. Ilyasak a.s.



21. Yunus a.s.



22. Zakaria a.s.



23. Yahya a.s.



24. Isa a.s.



25. Muhammad s.a.w